SMART LOAN
Program Smart Loan ini adalah satu program pembelian dan pemilikan kereta melalui pinjaman bank. Pihak MSP kini telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pengedar bertaraf global. Dengan adanya kerjasama ini, pihak MSP dapat membuka lagi pasaran kereta - kereta antarabangsa melalui pinjaman bank ini secara meluas melalui program Smart Loan. Selain itu juga, kereta yang turut ditawarkan mempunyai kualiti yang baik serta jaminan harga yang berpatutan. Pihak MSP juga yakin, dengan program Smart Loan ini, kami dapat membantu seramai yang mungkin untuk memiliki kereta secara mudah dan selamat. Kerjasama ini akan menambah lagi peluang kepada seluruh warga MSP sekaligus membantu semua pelanggan mendapat manfaat di MSP.
PROSES
SEMAK KERETA DI GALLERY
Pelanggan perlu menyemak terlebih dahulu stok kereta yang terdapat di dalam gallery Smart Loan MSP.
SEDIAKAN DOKUMEN
Pelanggan perlu menyediakan dokumen yang lengkap untuk pemprosesan dokumen.
PEMBAYARAN YURAN PROSES & MULA PROSES
Pelanggan perlulah membayar yuran proses sebanyak RM1000.00 untuk pengesahan kenderaan yang ingin diproses.